1. The Science, Technology and Innovation (STI) Cluster of Akademi Profesor Malaysia (APM) expresses its deep concern following the recent explosion and fire involving a natural gas transmission pipeline at Putra Heights, Selangor, operated by Petronas Gas Berhad (PGB). While no fatalities have been reported, the incident resulted in serious injuries and significant damage to homes and surrounding properties.
2. The STI Cluster of APM conveys its heartfelt sympathies to all individuals and families affected by this unfortunate event.
3. This incident is a stark reminder that even in the presence of high engineering and operational standards, critical infrastructure systems are not immune to risk. It reinforces the urgent need for continuous vigilance, robust safety governance, and integrated risk management across the pipeline lifecycle.
4. In view of the incident, the STI Cluster would like to highlight the following:
a. Right of Way (ROW) protection remains essential. Maintaining the integrity of pipeline corridors requires ongoing public awareness, responsible land-use practices, and enforcement by relevant authorities.
b. Emergency response by PETRONAS, the Prime Minister, the Selangor State Government, and supporting agencies was timely and commendable. Their coordinated efforts were crucial in managing the situation and mitigating further harm.
c. Integrated pipeline integrity risk management is critical. Holistic strategies that combine design excellence, proactive inspection, predictive maintenance, real-time monitoring, and data analytics must be strengthened to detect and prevent incidents.
d. Resilience must be future-focused. Continued investment in smart technologies, cross-agency collaboration, and institutional preparedness will enhance infrastructure safety.
e. The investigation must proceed independently and transparently. The public is urged not to speculate or disseminate unverified information, allowing authorities and experts to complete their work without disruption.
5. Now is the time for national empathy and solidarity. Supporting the affected communities and learning from this tragedy must remain the immediate priority.
6. The STI Cluster of APM stands in solidarity with all those affected and reaffirms its commitment to strengthening national safety frameworks and promoting a culture of innovation, resilience, and responsibility.
Science, Technology and Innovation (STI) Cluster
Akademi Profesor Malaysia
2 April 2025
KLUSTER STI, APM LAHIRKAN KEBIMBANGAN BERHUBUNG INSIDEN KEBAKARAN PAIP GAS DI PUTRA HEIGHTS, SELANGOR
1. Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Akademi Profesor Malaysia (APM) melahirkan rasa kebimbangan mendalam berikutan insiden letupan dan kebakaran paip penghantaran gas asli di Putra Heights, Selangor, yang dikendalikan oleh Petronas Gas Berhad (PGB). Walaupun tiada kematian dilaporkan, insiden ini telah menyebabkan kecederaan serius serta kerosakan besar kepada kediaman dan kawasan sekitar.
2. Kluster STI merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas.
3. Insiden ini mengingatkan kita bahawa walaupun piawaian kejuruteraan dan operasi yang tinggi telah diterapkan, sistem infrastruktur kritikal masih terdedah kepada risiko. Ini menekankan keperluan pemantauan berterusan, tadbir urus keselamatan yang kukuh dan pengurusan risiko yang bersepadu sepanjang kitaran hayat saluran paip.
4. Sehubungan itu, Kluster STI ingin menekankan beberapa perkara penting berikut:
a. Perlindungan kawasan rizab paip (Right of Way – ROW) perlu diberi keutamaan. Integriti koridor paip bergantung kepada kesedaran awam, penggunaan tanah yang bertanggungjawab dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa berkaitan.
b. Tindakan pantas oleh PETRONAS, YAB Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Selangor dan semua agensi yang terlibat amat dihargai. Tindakan mereka yang bersepadu sangat penting dalam mengawal keadaan dan mengurangkan risiko yang lebih besar.
c. Pengurusan risiko integriti paip secara menyeluruh adalah sangat penting. Pendekatan holistik yang merangkumi reka bentuk, pemeriksaan berkala, penyelenggaraan berasaskan ramalan, pemantauan masa nyata, dan analitik data perlu diperkukuh bagi mengelakkan kejadian sebegini.
d. Ketahanan masa depan mesti bersifat menyeluruh dan inovatif. Pelaburan berterusan dalam teknologi pintar, kerjasama rentas agensi dan kesiapsiagaan institusi adalah kunci kepada keselamatan infrastruktur.
e. Siasatan yang sedang dijalankan perlu diberi ruang dan kepercayaan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih agar pihak berkuasa dapat menjalankan tugas dengan efisien dan profesional.
5. Ini adalah masa untuk menunjukkan empati dan solidariti nasional. Keutamaan kini ialah membantu mangsa dan mengambil pengajaran daripada insiden ini untuk memperkukuh sistem keselamatan negara.
6. Kluster STI, Akademi Profesor Malaysia, berdiri teguh bersama semua pihak yang terkesan dan mengulangi komitmennya untuk memperkukuh rangka kerja keselamatan negara serta memupuk budaya inovasi, daya tahan, dan tanggungjawab bersama.
Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi
Akademi Profesor Malaysia
2 April 2025