Akademi Profesor Malaysia adalah satu wadah pemikir yang menyatu kepakaran dan menggembleng pemikiran strategik profesor bagi membangun masyarakat. Akademi Profesor merupakan badan yang bersifat akademik, inklusif (merangkumi profesor dari universiti awam dan swasta serta daripada pelbagai bidang ilmu), bebas tanpa campur tangan politik, berintegriti tinggi, berwibawa, profesional dan mengamalkan kebebasan akademik yang tulen. Dengan demikian Akademi Profesor akan berperanan sebagai semak dan imbang yang efektif terhadap formulasi dan pelaksanaan dasar kerajaan dan negara

Academy of Professors Malaysia is a think tank that combines expertise and mobilize the strategic thinking of professors to develop the society. The Academy of Professors is an association which is academic-driven, inclusive (includes professors from public and private universities as well as from various fields of knowledge), independent without political intervention, equipped with high integrity, authoritative, professional and practicing genuine academic freedom. Thus the Academy of Professors will serve as an effective check and balance institution for the formulation and implementation of government and state policies.

Mission

Misi

Akademi Profesor Malaysia adalah Wadah Pemikir yang bersifat akademik, inklusif (merangkumi profesor daripada universiti awam dan swasta serta daripada pelbagai bidang ilmu), bebas daripada campur tangan politik, berintegriti tinggi, berwibawa, profesional dan mengamalkan kebebasan akademik yang tulen. Pertubuhan berperanan sebagai pembekal input dasar utama dan advokasi kesejahteraan masyarakat berdasarkan fakta dan kebenaran serta semak dan imbang yang efektif terhadap formulasi dan pelaksanaan dasar kerajaan dan negara.

The Academy of Professors Malaysia is a think tank that is academic-driven, inclusive (includes professors from public and private universities as well as from various fields of knowledge), free from political interference, equipped with high integrity, authoritative, professional and practicing genuine academic freedom. The organization serves as a provider of key policy inputs and community welfare advocacy based on facts and evidences as well as effective check and balance institution for the formulation and implementation of government and state policies.

Objective

Matlamat

Matlamat utama Akademi Profesor ialah untuk menggembleng kepakaran profesor dan ilmuan negara bagi membantu negara dan masyarakat Malaysia dengan cara:

The main objective of the Academy of Professors is to mobilize the expertise of national professors and intellectuals to help the society and nation in the following ways:

  • Mengintegrasi pandangan ilmiah para profesor dan menyebarluas perspektif akademik untuk memberi pencerahan kepada masyarakat dan pembuat dasar tentang isu-isu strategik negara serta mengusulkan langkah selesaian.
    Integrate the scientific views of professors and disseminate academic perspectives to provide enlightenment to the community and policy makers on national strategic issues as well as to propose solutions.
  • Menggembleng wibawa dan kepakaran para profesor bagi membekal input dasar dan khidmat nasihat bernilai tinggi dalam konteks formulasi dan pelaksanaan dasar dalam semua bidang ilmu dan kementerian.
    Mobilize the authority and expertise of professors to provide high value policy input and advisory services in the context of policy formulation and implementation in all areas of knowledge and ministries.
  • Melakukan analisis serta advokasi dasar berdasarkan fakta dan kebenaran khususnya dalam aspek dasar utama dan bernilai strategik kepada negara.
    Conduct policy analysis and advocacy based on facts and evidences especially in key and strategic policy to the country.
  • Mengendali secara berkala wacana bitara ilmiah yang berorientasi isu dan konteks dasar.
    Organize issue and policy oriented scientific discourse periodically.
  • Menerajui aktiviti penyelidikan dasar dan foresighting, penerbitan policy outlook dan membangun jaringan akademik.
    Lead policy research and fore-sighting, publish policy outlooks and develop academic networking.
  • Memaju integriti akademik dan governans pendidikan negara.
    Develop academic integrity and national education governance.
Structure of Organization

Struktur

Struktur Akademi Profesor adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Kepimpinan Akademi Profesor akan dilakukan oleh Majlis Akademi Profesor Malaysia. Di bawah Majlis ini terdapat sembilan kluster dan empat belas domain ilmu. Setiap domain ilmu akan menggabungkan ahli akademik dalam bidang ilmuj berkenaan dan diketua oleh seorang Ketua Domain.

The structure of the Academy of Professors is shown in the Figure below. The leadership of the Academy of Professors will be guided by the Council of the Academy of Professors Malaysia. Under this Council there are nine clusters and fourteen domains of knowledge. Each domain of knowledge will incorporate academics in the related knowledge and be headed by a Head of Domain.

Establishment of Organization

PENUBUHAN

Akademi Pertubuhan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2019 atas cadangan Jamaah Menteri. Pelancaran Akademi Profesor telah dilakukan selepas ia mendapat kelulusan Jamaah Menteri pada bulan Jun 2019. Jawatankuasa Protem yang telah dibentuk bagi tujuan penubuhan ini telah bersetuju untuk menubuhkan Akademi Profesor Malaysia sebagai sebuah NGO bagi membolehkannya bertindak dengan lebih bebas dan telus. Keahlian NGO ini ialah secara sukarela daripada kalangan profesor dan professor madya yang sedang atau pernah bertugas di universiti awam atau swasta di Malaysia.

The Academy of Professors Malaysia was established in 2019 at the suggestion of the Cabinet. The Academy of Professors was launched after it was approved by the Cabinet in June 2019. The Protem Committee which was formed for the purpose of this establishment had agreed to establish the Academy of Professors Malaysia as an NGO to enable it to act more freely and transparently. The membership of this NGO is voluntary from professors and associate professors who are or have worked in public or private universities in Malaysia.

Mesyuarat Agung Tahunan pertama Akademi Profesor Malaysia telah diadakan pada 6 November 2019.
The first Annual General Meeting of the Academy of Professors Malaysia was held on November 6, 2019.

Jawatankuasa Protem Penubuhan Akademi Profesor Malaysia